Saya gemar memakan kulat (Mushroom) atau Jamur kalau cakap Indonesia... Tetapi menurut ibu saya, menanam kulat harus mengikuti Kursus menanam kulat dulu yang akan di ajar oleh kakitangan terlatih dari Jabatan Pertanian dan Sumber-sumber Utama....Buat masa ini, selain potong dan menguruskan kelapa, kami juga urus KULAT (CENDAWAN) ini. Tiap malam pekerja kami akan mencari cendawan ini di rumah temannya dan kami beli memakai Kilo. Kemudian, kami akan packing pagi-pagi dan setelah itu, kami akan bawa Kulat tersebut ke Pasar Tani. Harus di maklumkan kepada orang ramai, bahawa kulat ini BUKAN di tanam di Ladang kami, iatitu Ladang Juang tetapi di beli dari Tempat lain.